CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

About Me

My photo
RASYIDAH HIDAYAH BAHARUDDIN (RHB) is my name, from PJ..i am the youngers from 8 sibling.. Sgt manja,& suka diberi perhatian.. everybody blh panggil sy SYIDA,TART,STINTART & so on..hehe

Tuesday, March 17, 2009

i'm not feeling well

selsema.....rasa nk dmam.
apa kes?? heheheh
cayok2!!!
syida the 1!!!!!!!!!!!!!!

"KITA HANYA TETAMU SENJA..."

Tuesday, March 10, 2009

klu Bkn MiLik aKu??

he he he.
ni nk story ckit pasal apa agknye ek..
hehe jom kita terjah cite aku ni..
ada 1 mlm ni, aku lpak2 ngan sorg sahabat aku, si H mmg nama sbnr..
ntah mcm mana tetibe plak cite pasal jdohkan..
bkn apa,hal2 mcm ni kita mmg kna tau,as the pengetahuan am,hahahah
aku pon tnye la H,memandangkan dia mmg tau la ckit serba serbi pasal jdoh2 ni
then aku tnye la,mcm mana nk tau klu lelaki tu jodoh kita??
yela,memandangkan aku da 4 tahun berkapel ngan bf aku
kapel senyap2 lak tu,makabah mmg xtau..huhuhu
mmg kdg2 rasa bsalah pon ada,tp ntah la..
aku lum bsedia nk inform kt parents..
SGT TAKOT! bkn apa,takot parents xterima dia..
then sahabat aku ni pn kata,better aku bgtau makabh aku,
then suh dorg sndri bwt solat yg tentukan jdoh tu,lupe plak nama nya
emmm..tp mcm mana ku nk bgtau makabh aku?
sdgkn nk ckp yg aku ada bf pon aku takot!!huhuuhu
adehhh...jiwa kacau...
then,klu la aku bgtau makabh aku pastu makabh aku suh stop hbungan aku ni camne??
waaaaaaaaaaaa!!! cmne aku nk bgtau si dia?bcinta mcm nk rak then putus mcm 2 je
aduh,syg nye...
tp kn,perlu ke aku bantah ckp makabh aku semata2 sygkan hbungan yg hnya 4 tahun tu??
emm,sdgkan makabh aku lg lma aku knal..
tula mslhnye skrg..
tp xpela, just take time..
klu mmg da jdoh x kemana..
tp klu bkn jdoh, mmg dia bkn milik aku la kan,hukhukhuk..
wait n see...
"KITA HANYA TETAMU SENJA.."

Tuesday, March 3, 2009

duhai LELAKI....

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita.
Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu.
Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..
pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahannam.)


2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg
kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas…
kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat
kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
maksiat… dan tidak menutup aurat.)


4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabk an di akhirat kelak….dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu….
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu
juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa…
selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka….jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah…. .betapa hebatnya tarikan wanita bukan

sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.

Dan kepada kaum perempuan,

jika anda sayangkan keempat-empat mereka,
anda jagalah diri anda sebaik yang mungkin..

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu

dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,

jin dan batu-batu… ."

berat benar tanggungjawab mu duhai LELAKI..
oleh itu bpeganglah pada istilah..

"KITA HANYA TETAMU SENJA.."

CILI CAMPOR BLACK PAPER

TQ so much pada MAK ABH & kwn2
WOW,xsangka kwn2 ingt bufday aku..
tanggal 1hb 3 yg lpas,
huhu..
firstly , aku ucapkan tq so much kt MAK ABAH n kwn2..
pg tu, aku call mak n abah, ckp time kasih bnyk2 sbb lahirkan aku..
tanpa mak abah aku xde lahir kat dunia ni..
so, pada korg sume yg msih ada parents..
jgn ingt nk seronok je
korg dah ucap time kasih blom kt mak bapak time bufday korang?????
ATAU
sekadar menunggu mak bapak korg wish??
owh no.....
tula yg brlaku pd remaja skrg..
dia tau nk celebrate ngan kwn2 je,
then puji kwn2 tu sampai melangit..!!!!!
SMPAI BLH TEMBUS LANGIT KE 7..
sdgkan mak bpak yg dah pnat melahir n membesarkan slama ni depa blh tlupe nk ckp TIME KASIH..?
apa susah sgt ke nk diucapkan pkataan simple mcm 2 kt mak bpk?
sedangkan pada kekasih yg just bg present yg xseberapa bsar nilai nye tu pon,
smpai mcm nk dibwt kenduri tumbang lembu 1000 ekor je,
lambang menghargai kekasih tu..
wah, dasyat btol korg kan...
SO, kt cni aku nk bg ADVICE ckit pd u all yg dh lpas n blom lpas dr tarikh bufday tu..
JGN LUPE, ucap dlu TIMA KASIH kt mak ayah..
sbb mungkin esk,luse kita dah xdpt tgk wajah dorg lg..
sbb tu aku suke nk kata...
"KITA HANYA TETAMU SENJA"


Friday, February 27, 2009

KiTa HaNyA teTaMu SenJa-A.SAMAD SAID

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja

Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya

Kita datang ini kosong tangan dada

Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala


Pada tetamu yang datang dan

Kenal jalan pulang

Bawalah bakti mesra kepadaTuhan kepada Insan

Pada tetamu yang datang

Dan lupa jalan pulang

Usahlah derhaka pula

Pada Tuhan kepada insan


Bila kita lihat manusia lupa tempat

Atau segera sesat puja darjat Puja pangkat

Segera kita insaf kita ini punya kiblat

Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat

Hingga mesti merempat ke laut biru Ke kuning darat

Harus kita lekas sedar penuh pada tugas

Harus kita tegas sembah Seluruh rasa belas


Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat


"KITA HANYA TETAMU SENJA.."

Wednesday, February 25, 2009

RinDuUUuuuu..hmhm

"ibu.....kau ampunilah dosaku,
andainya, pernah menghiris hatimu..
Restu mu, yg amat aku harapkan,
kerana,disitu letak syurgamu.."
just want to share my feeling today!!
rindu mak....rindu abah.....hmhmhm
nk bwt mcm mana ni..?
aduh,jiwa kacau!!!
nk study pon mcm xdak mood dah..
nk mak & abah ada depan mata..
rindu nk tgk GUSTI dgn abah,
rindu nk tlg ptong2 bawang untuk mak masak..
emmm,nak maaaaaaaakkkkkkkkkk...
hmhmhmhmhmmmmm...
p/s: sayangilah ibu bapa anda selagi mereka masih ada..
dan ingt satu perkara....
"KITA HANYA TETAMU SENJA..."

Tuesday, February 24, 2009

ADilKah aKu PaDa DiRI..???

Jenuhku ku mencari
nak menyusun kata-kata
alunan nyaman hinggap disanubari
kembara aku mencari
tata bahasa yang tersirat
namun ku masih prejudis pada diri
aku ketuk pena
atas hamparan kertas yang putih suci
aku bertanya diri
adilkah aku menulis sebuah puisi???
sedangkan jari mengeletar
jiwa tak dapat menyampaikan
apa yang terpenjara dalam hati
aku buntu lagi
ku amati kekurangan diri
kini telah ku sedari,
"KITA HANYA TETAMU SENJA.."